Ibu Bapa Sebagai Peneraju Keluarga

Klang,  29 April – Peribadi dan skil kekeluargaan amat penting dalam mencorak peribadi anak soleh, menurut Haji Mohammed Ghazali bin Haji Hamzah, Pengetua Sekolah Menengah Seksyen 18, Shah Alam dan juga mantan Kaunselor di Jabatan Pelajaran Selangor dalam forum Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang (ISAC) siri satu yang diadakan di Masjid Bandar Diraja Klang pada 15 April, dua minggu lalu.

Forum yang bertajuk ‘Bimbinglah Daku ke Syurga’ itu menyentuh secara mendalam tanggungjawab ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak dari awal kelahiran sehingga dewasa. Penekanan diberikan ketika usia anak remaja di mana di situlah fasa hubungan kekeluargaan mulai renggang. Forum itu juga turut djayakan oleh Ustazah Nik Norsaha, Jurulatih Utama Bahasa Arab Negeri dan juga panel radio negeri FM. Ustazah Nik Norsaha turut berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anaknya yang masing-masing telah berjaya dalam bidang yang diceburi.

Seminar itu telah didahului dengan slot 1, bertajuk ‘Pengembaraan Sang Juara’. Antara kupasan menarik dalam pembentangan adalah peranan bapa ketika si ibu mengandung. Dr Fadhilah Binti Ashari, seorang pegawai perubatan dan juga AJK Biro Wanita ISMA Seremban yang menyampaikan slot pertama itu menjelaskan bahawa bapa memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membentuk perkembangan janin di perut ibu. Si ayah perlu memahami dan bertindak mengikut perubahan fisiologi dan psikologi si ibu yang sedang mengandung. Si ayah perlu banyak bersabar dan membantu meringankan tanggungjawab ibu terutamanya apabila si ibu juga bekerja mencari rezeki untuk keluarga yang tidak asing lagi di zaman ini.

Seminar ISAC atau juga dikenali sebagai Anak Soleh Anak Cemerlang (ASAC) telah dilancarkan di seluruh negara oleh ISMA pusat. Antara cawangan-cawangan ISMA yang telah menjalankan seminar ini dengan jayanya adalah ISMA Sarawak, ISMA Terengganu dan ISMA Kedah dengan sambutan yang amat menggalakkan.

ISMA mengharapkan dengan pelancaran program ini dapat mengayakan dan menyuburkan nilai-nilai kekeluargaan yang murni serta menghasilkan generasi soleh dan solehah dalam masyarakat Malaysia. ISMA Klang dengan ini ingin menjemput semua ibu bapa untuk menghadiri Seminar ISAC dalam siri berikutnya akan datang.

Posted in Berita, WANIS | 1 Comment

Hebahan: OSC 2012 – Selangkah ke IPT

OSC 2012 | One Step Closer (klik untuk paparan lebih besar)

Mari bersama kami meneroka alam baru sebagai pelajar IPT!

Diadakan khusus untuk pelajar lepasan SPM 2011, kami mengajak bakal graduan cemerlang untuk mencari rentak kehidupan baru di menara gading.

Jangan lepaskan peluang ini!!!

Posted in Berita | Leave a comment

KASRIM12 untuk Kesihatan

Taman Sri Andalas, 8 April – Satu kejohanan bola jaring telah diadakan bertempat di Dewan Sukan Taman Sri Andalas sempena Karnival Sukan KRIM (KASRIM 12’) pada tahun ini.

Hampir 100 orang peserta telah hadir bagi memeriahkan KASRIM 12 dengan sebanyak lapan pasukan telah mendaftar untuk kejohanan bola jaring ini. Kelapan-lapan pasukan berentap secara liga dalam dua kumpulan yang berasingan.

Seramai 4 orang pengadil telah dijemput daripada Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Klang bagi mengadili perlawanan. Antara sekolah-sekolah yang telah menghantar penyertaan termasuklah SMK Jenjarom, SMK Convent Klang dan SM Teknik Klang manakala selebihnya daripada Kolej Matrikulasi Selangor dan penyertaan secara sendirian.

Acara KASRIM 12 dimulakan dengan majlis perasmian dan sedikit tazkirah daripada perasmi iaitu Ustazah Noraishah Shahabudin, wakil Ketua Wanita ISMA Klang sebelum perlawanan dimulakan. KASRIM 12 berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan daripada SMK Jenjarom sebagai johan dan pasukan SAHFFIADIT dan SM Teknik Klang masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga. Acara penyampaian hadiah disampaikan dengan johan pertandingan membawa pulang hadiah lumayan wang tunai sebanyak RM200 berserta hamper.

Acara KASRIM 12 berakhir dengan semua peserta yang hadir menjalani sesi fotografi untuk tanda kenang-kenangan. Semua peserta amat berpuas hati dengan penganjuran karnival ini.

ISMA Klang menggalakkan golongan belia dan remaja untuk bersukan untuk menyihatkan tubuh badan sambil merapatkan ukhuwwah antara peserta. Diharapkan sukan aktif semakin mendapat tempat di hati golongan belia dan remaja di negara ini.

Posted in Belia, Berita, KRIM | Leave a comment

Ambillah Pengajaran Daripada Al Quran dan Sunnah…mati… syurga…neraka.

Tuan-tuan sekelian, apa yang kita buat seminit lepas? Tanya Ustaz dalam satu kuliah maghrib malam tadi setelah lebih kurang 15 minit Ustaz tersebut memberikan muqaddimah beliau tentang macamana kualiti solat kita kalau kita diberitahu bahawa kita akan mati selepas memberi salam solat maghrib malam ini. Apakah kita akan gembira, takut, sedih dan mengharapkan tuan imam memanjangkan solat agar sempat untuk kita bertaubat dan mohon ampun sebanyak-banyaknya dalam solat kita. Solat maghrib yang terakhir sebelum kita dipanggil kembali kepada Allah Rabbul Jalil.

Baca Selanjutnya

Posted in Artikel, Dakwah | Leave a comment

Bridged KRIM Ajak Remaja Menjaga Alam Sekitar

JERAM – Briged KRIM Klang telah menjalankan satu aktiviti ‘OPS CUCI’ pada 25 Mac baru-baru ni bertempat di Pantai Remis, Jeram. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan remaja dimana  seramai 40 orang peserta yang hadir pada hari tersebut, iaitu 22 daripada remaja lelaki dan 18 daripada remaja perempuan, ia berlangsung secara berasingan yang turut menjalankan aktiviti yang sama.

Baca Selanjutnya

Posted in Berita, KRIM | 1 Comment